4. Billy Porter (2019)
Pelakon dari Amerika, Billy Porter memilih untuk menggayakan gaun dan tuksedo baldu dalam warna hitam. Menggabungkan gaya feminin dan maskulin, penampilan ini sudah pastinya meraih perhatian warganet.
Porter berkata, dia mahu memperagakan pakaian yang akan mencetuskan perbualan tentang fesyen di Red Carpet anugerah tersebut. Penampilan Porter ini merupakan rekaan daripada pereka fesyen, Christian Siriano.