5. Lady Gaga (2015)
Mengambil masa selama 1600 jam menyiapkan gaun putih ini, Lady Gaga menggayakan pakaian dari pereka fesyen Azzedine Alaia untuk malam Oscars yang ke-87. Gaun berkilau ini bukanlah satu tarikan gaya buruk di malam anugerah berprestij itu, tetapi ia juga tetap terpalit dengan beberapa kontroversi.
Apa yang meraih kritikan daripada para peminatnya, adalah gaya sarung tangan merah yang dipadankan oleh Lady Gaga. Terlampau menarik perhatian, ada yang sempat berseloroh dengan kicapan ulang, ‘Cleaning starter pack’ di Twitter.