7. Faith Hill (2002)
Penyanyi dari Amerika ini memperagakan busana dari jenama terkenal, Versace di Academy Awards 2002. Turut membuat persembahan dengan lagu Somewhere Over The Rainbow pada malam tersebut, gaun warna-warni Faith Hill mendapat kritikan, kerana gabungan palet warna pastel yang dipilih olehnya.
Peminatnya berseloroh, pemilihan warna dan gaya ini seakan letupan kek pelangi.