8. Bjork (2001)
Mungkin ini merupakan salah satu pakaian Oscars yang paling ikonik sepanjang masa! Kemunculan penyanyi dari Iceland ini menjadi bualan ramai pada saat itu. Bjork telah hadir dalam pakaian gaun angsa, oleh pereka fesyen Marjan Pejoski di Oscars 2001.
Gaya frock skirt dan leher angsa panjang yang dililit seperti selendang pada Bjork, meraih perhatian dan ‘hate’ daripada peminat. Apa yang lebih wow!, penampilan itu juga dilengkapkan dengan dompet yang berbentuk seakan telur, untuk dipadankan dengan gayanya.