Selepas kejayaan UNIQLO untuk cawangan pertamanya di luar kawasan Lembah Klang iaitu Pulau Pinang, jenama fesyen dari negara matahari terbit ini melebarkan empayarnya ke negeri bersejarah Melaka pula. Bakal menemui penggemar fesyen pada pertengahan Disember 2013 ini menawarkan koleksi musim sejuk 2013 dari UNIQLO.
Cawangan UNIQLO Melaka yang berkeluasan 9,250 kaki persegi bakal mengambil tempat di tingkat bawah pusat membeli belah Dataran Pahlawan.
Menurut Pengarah Urusan UNIQLO (Malaysia) Sdn. Bhd dan UNIQLO (Singapore) Pte. Ltd., Satoshi Onoguchi “Pembukaan cawangan di Pulau Pinang UNIQLO adalah satu kejayaan di mana kami menerima permintaan yang menggalakkan dari negeri seluruh Malaysia. Kami harap dengan pembukaan cawangan UNIQLO di Dataran Pahwalan, Melaka ini UNIQLO akan terus menjadi jenama fesyen yang menyediakan pakaian berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan”.
“Keterujaan ini membawa perkembangan ke negeri Melaka, sebuah negeri yang kaya dengan sejarahnya. Sama seperti di bandar, kami bercita-cita agar dapat memenangi hati penggemar jenama kami”, tambahnya.