Koleksi Musim Bunga / Musim Panas 2023 UNIQLO kini tersedia dalam persalinan Modest, digaya khas oleh pelakon popular, Mira Filzah.
Ketibaan hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, membuatkan UNIQLO mengintai estetika minimalis persalinan fesyen yang berkualiti tinggi dan berfungsi khas buat wanita modest yang ingin tampil bergaya di pagi Raya. Memperkenalkan koleksi Musim Bunga/Musim Panas, UNIQLO menawarkan seleksi warna yang pelbagai boleh dicampur padan dan material kain yang selesa, tidak panas sesuai untuk gaya seharian.
Gabungan gaya Raya dan modest pilihan Mira Filzah, menyatui konsep minimalis fesyen yang berkualiti tinggi.
Koleksi Musim Bunga / Musim Panas 2023 UNIQLO ini direka khas buat wanita modest yang menyukai aktiviti harian santai dan ingin tampil bergaya tanpa halangan. Kualiti yang ringan dan lapisan serba boleh ini didapati dalam warna panas, lebih versatil dan modest, melitupi fesyen baju lose, kolar leher tinggi dan tudung, semuanya mengikut aliran fesyen terkini. Lebih palet warna yang menyeronokkan, namun elegan, termasuk warna neutral sederhana, biru dan kuning air serta percikan oren, kuning dan ungu yang lembut.
Eksklusif buat wanita modest, UNIQLO menampilkan himpunan Seamless Ripped yang terbaharu musim ini. Fabrik bergelung yang dihasilkan dengan mesin kait istimewa memberikan lapisan udara yang akan menghasilkan tekstur lebih lembut serta keselesaan yang lebih menyamankan. Selain rekaan sisi yang tidak berkelim, ia juga ringan dan tipis, selesanya bagaikan tidak mengenakan pakaian berlapis-lapis.
Menawarkan seleksi fesyen buat isi keluarga, UNIQLO menghimpunkan rangkaian baju lelaki dan kanak-kanak, pakaian asas yang lengkap dan multi fungsi, untuk stail moden namun malar segar. Untuk gaya yang lebih ringkas dan selesa, terdapat rekaan dan warna yang sama dalam potongan siluet berbeza yang boleh dipakai buat pasangan dan anak. Lantas, mencipta keserasian gaya dan mengeratkan hubungan antara keluarga.
Dapatkan Koleksi Musim Bunga / Musim Panas 2023 UNIQLO di semua stor fizikal Uniqlo di seluruh negara dan stor dalam talian Uniqlo Malaysia di sini.
Baca: Lebih Hangat & Bergaya, Kembara Musim Sejuk Bermula Dengan Uniqlo HEATTECH