UNIQLO melancarkan siri kempen fesyen inisiatif mesej keamanan melalui projek amal, PEACE FOR ALL menampilkan kerjasama bersama pemimpin terkenal di dunia dari pelbagai bidang untuk mempromosikan keamanan dunia.
Peruncit fesyen terkemuka, UNIQLO, mengumumkan keluaran eksklusif lima cetakan T-shirt baharu mewakili projek amal PEACE FOR ALL menampilkan grafik baharu yang direka khas oleh pemimpin terkenal dunia. Mesej yang cukup sederhana namun bermakna ini akan tersedia untuk pembelian di seluruh dunia mulai hari Jumaat, 21 April 2023.
UNIQLO Peace For All, projek keamanan khas menampilkan pemain tenis profesional Roger Federer, Pengarang Buku Gambar dan Pereka Grafik Dick Bruna, Presiden Magnum Photos Cristina de Middel, Artis Jean-Michel Basquiat, Jurugambar Christopher Makos dan Aakamai Technologies.
Hasil konsep T-shirt yang berinisiatif ini akan didermakan kepada organisasi antarabangsa yang menyokong anti keganasan, diskriminasi, konflik bersenjata dan kemiskinan secara meluas didunia sekaligus membuka pintu harapan kepada mereka yang memerlukan.
“It’s time for action, in the name of world peace.”
Bukan itu sahaja, jika anda melihat kepada desain yang dicetakkan di atas T-shirt, ia juga menyampaikan mesej empati dan menyebarkan mesej keamanan secara fizikal dan meluas. Kuasa yang memakainya, barangkali akan menyelamatkan kehidupan seseorang, mengumpulkan perasaan selamat dalam apa jua cabaran yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka.
Dengan kerjasama dari pelbagai pemimpin terkenal dunia, UNIQLO menampilkan individu berpengaruh menyampai mesej keamanan melalui seni fesyen. Sejak pelancaran projek pada Jun 2022, UNIQLO berjaya menangkap sejumlah lebih 1 juta PEACE FOR ALL T-shirt dan hasil 100% keuntungan daripada penjualan ini disumbangkan kepada organisasi bantuan antarabangsa termasuk UNHCR (agensi pelarian PBB), Save the Children, dan Rancangan Antarabangsa.
Dapatkan Koleksi kolaborasi Peace For All UNIQLO di semua stor fizikal Uniqlo di seluruh negara dan stor dalam talian Uniqlo Malaysia disini.