Jenama fesyen global UNIQLO bakal melakar satu lagi sejarah apabila memperkenalkan koleksi hijab pertamanya di Malaysia pada 17 Ogos 2026.
Langkah ini bukan sekadar memperluaskan penawaran LifeWear, malah menjadi bukti komitmen jenama itu dalam memenuhi keperluan wanita moden yang mengutamakan keselesaan, fungsi dan gaya.
Berbeza daripada pendekatan yang mengejar trend bermusim, koleksi sulung ini dibangunkan berasaskan kepakaran UNIQLO dalam inovasi fabrik. Tiga pilihan fabrik diperkenalkan bagi menawarkan pengalaman pemakaian yang berbeza mengikut gaya hidup dan rutin harian.
Antara yang menjadi perhatian ialah AIRism UV Protection Hijab, fabrik ikonik UNIQLO yang terkenal dengan ciri ringan, sejuk dan mampu memberi perlindungan daripada sinaran UV. Turut melengkapkan koleksi ialah Satin Hijab, sesuai untuk penampilan lebih elegan, serta Georgette Hijab yang menawarkan kemasan lembut dan versatil untuk digayakan dari siang ke malam.
Direka khas dengan mengambil kira iklim tropika Malaysia, setiap helaian menampilkan gabungan fabrik yang bernafas, selesa dipakai sepanjang hari dan mudah disesuaikan dengan pelbagai gaya. Pendekatan ini memperlihatkan bagaimana teknologi tekstil global diterjemahkan kepada keperluan wanita tempatan tanpa mengabaikan aspek estetika.
Menambahkan lagi debaran menjelang pelancaran, kempen ini turut menampilkan tiga personaliti wanita Malaysia yang bakal berkongsi interpretasi mereka terhadap gaya modest moden. Namun, identiti mereka masih dirahsiakan sehingga hari pelancaran rasmi.
Koleksi hijab pertama UNIQLO akan mula dijual pada 17 Ogos 2026 dengan harga RM59.90 setiap satu. Ia boleh didapati di semua cawangan UNIQLO Malaysia serta platform dalam taliannya.
Baca: Comfort Is The New Chic, Koleksi Innerwear dan Lounge Baharu UNIQLO




