UNIQLO dan JW ANDERSON, antara kolaborasi yang dinanti kembali untuk Spring/Summer 2026 dengan suntikan gaya kolej British yang lebih ringan dan ceria.
Bersedia untuk menyuntik elemen ‘British prep’ ke dalam gaya harian anda? Kolaborasi yang sentiasa dinanti-nantikan antara UNIQLO dan JW ANDERSON kembali untuk Spring/Summer 2026, dan kali ini ia tampil lebih ringan, lebih ceria dan penuh karakter!
Dilancarkan secara rasmi pada 27 Februari 2026, koleksi terbaharu ini meraikan gaya kolej klasik dengan sentuhan moden yang lebih playful, diinspirasikan daripada elemen sukan air British serta konsep layering bebas yang sesuai untuk cuaca tropika Malaysia.
Menurut pengasasnya, Jonathan Anderson, koleksi ini memberi interpretasi baharu kepada gaya tradisional British melalui warna-warna segar dan siluet lebih santai. Antara item utama ialah kemeja oxford lengan pendek untuk wanita, windproof short parka kalis air, baggy jeans rona natural, serta cargo shorts dan zip-up blouson berinspirasikan workwear vintaj untuk lelaki. Polo pique dengan logo JWA turut hadir dalam 19 warna, menjadikannya pilihan sempurna untuk gaya musim panas yang versatil.
Antara highlight utama koleksi wanita ialah kemeja Oxford lengan pendek yang akhirnya diperkenalkan dengan potongan boxy moden dan hadir dalam enam pilihan warna termasuk kuning serta merah jambu. Turut menjadi pilihan ialah windproof short parka yang diperbuat daripada fabrik kalis air lengkap dengan pelaras di bahagian hem untuk siluet yang boleh diubah suai mengikut gaya. Bagi pencinta gaya santai, baggy jeans rona natural menawarkan penampilan effortless yang tetap chic untuk digayakan setiap hari.
Untuk lelaki, koleksi ini menampilkan cargo shorts cotton linen twill dengan tekstur semula jadi yang ringan dan selesa dipakai, selain zip-up blouson genderless yang diinspirasikan daripada elemen workwear vintaj yang versatil. Dry pique polo dengan logo JWA pula ditawarkan dalam 19 warna, manakala designer T-shirt hadir dalam 10 pilihan warna untuk gaya yang lebih ekspresif. Secara keseluruhan, koleksi ini berfungsi sebagai capsule wardrobe musim panas yang mudah dipadankan, ringan dan praktikal untuk pelbagai gaya.
Dengan harga bermula RM14.90 hingga RM249.90, koleksi ini boleh didapati di semua butik UNIQLO Malaysia dan secara dalam talian!
Baca: Tamagotchi Kembali! UNIQLO Malaysia Hidupkan Nostalgia 90-an








