Universal Traveller memperkenalkan PARALLEL: 7 ciptaan yang mengolah semula pakaian musim sejuk biasa sebagai rekaan avant-garde, mengekspresi 7 hasrat positif iaitu keinginan kita terhadap cinta, keamanan, kebebasan, ekspresi, pembangunan, kejayaan dan kegembiraan.
Universal Traveller menyambut permulaan baharu melalui komitmennya terhadap kemesraan, prestasi, dan juga gaya dengan PARALLEL. Motif asalnya sangat ringkas, melengkapkan pengembara di kawasan sejuk, memberi kehangatan dalam kedinginan, dan keselesaan sepanjang percutian.
PARALLEL ialah koleksi 7 rekaan pakaian musim sejuk avant-garde daripada Universal Traveller. Inspirasinya lahir daripada keunikan sebuah jenama dari negara tropika yang terus berinovasi selama 3 dekad. Koleksi ini mengimbangi bentuk siluet yang luar biasa dengan nilai teras asal : kehangatan, kualiti, fungsi, serta ekspresi 7 hasrat positif.
PARALLEL: SEVEN DESIRES
Dalam PARALLEL, 7 hasrat ini adalah sesuatu yang boleh dipakai, sebuah kenyataan yang berani, sentiasa berevolusi, dan limitless.
Hasrat 1 : Cinta
Diinspirasikan daripada kehangatan rasa memiliki, dan kehangatan mencari insan-insan yang membuatkan kita rasa selamat bagai di rumah, di mana jua kita berada di dunia ini. Hasrat untuk rasa dekat, terhubung, dan didakap. Warna merah jambu yang lembut bertemu dengan bulu yang halus dan lipatan yang menyelubungi, mencipta siluet yang terasa seakan-akan sebuah dakapan.

Hasrat 2 : Keamanan
Hasrat untuk berasa tenang, hadir pada saat ini, dan selesa. Ia mencerminkan detik-detik berharga apabila segala-galanya seolah-olah menyepi, memberikan ruang untuk bernafas, menghayati masa kini, dan berasa benar-benar tenang. Warna putih murni. Siluet A-line. Hud yang terasa seperti sebuah ruang perlindungan yang tenang.
Hasrat 3 : Kebebasan
Ia meraikan kebebasan untuk memilih arah tuju kita sendiri, melangkah melampaui kebiasaan, dan menjadi sesiapa sahaja yang kita inginkan. Siluet yang dicipta untuk membebaskan diri. KEBEBASAN ialah hasrat untuk hidup mengikut acuan sendiri. Warna biru elektrik membangkitkan suasana langit luas tanpa sempadan, manakala hud bersaiz besar mencipta dunianya yang tersendiri di sekeliling pemakai.
Hasrat 4 : Ekspresi
Ia meraikan kebebasan untuk menonjolkan apa yang ada di dalam diri, serta keyakinan untuk difahami tanpa perlu menuturkan sebarang kata. EKSPRESI ialah hasrat untuk dilihat sebagaimana diri kita yang sebenar. Warna yang kontras, panel yang berani, dan lengan baju yang diperbesarkan menukarkan keunikan individu kepada sesuatu yang nyata, memberikan ruang untuk keperibadian menyerlah.

Hasrat 5 : Pembangunan
Ia meraikan perjalanan menuntut ilmu dan pengalaman, mengiktiraf sejauh mana kita telah melangkah, serta menemui potensi dalam diri yang belum lagi terungkai. Siluet yang terus berkembang. PERTUMBUHAN ialah hasrat untuk meneroka potensi diri kita yang sebenar. Lapisan demi lapisan dibina, mencerminkan pengalaman, iktibar, dan detik-detik yang membentuk diri kita sepanjang perjalanan.

Hasrat 6 : Kejayaan
Ia meraikan pencapaian mengikut acuan kita sendiri sama ada pencapaian peribadi, cita-cita seumur hidup, mahupun janji ikhlas pada diri sendiri yang akhirnya menjadi kenyataan. KEJAYAAN ialah hasrat untuk melihat usaha kita menjadi sesuatu yang bermakna. Rona keemasan dan siluet yang mewah menangkap rasa kepuasan yang hadir apabila dedikasi akhirnya membuahkan hasil.
Hasrat 7 : Kegembiraan
Ia meraikan perkara-perkara kecil dan pengembaraan besar yang menceriakan kita secara tidak dijangka—daripada gelak tawa dan penemuan spontan, sehinggalah ke pandangan pertama terhadap destinasi yang sentiasa kita impikan. KEGEMBIRAAN diinspirasikan daripada bentuk belon udara panas yang menaikkan semangat, warna merah yang berseri dan volum yang ceria menangkap detik-detik yang membawa kita ke ruang yang lebih indah.

Koleksi istimewa ini tidak tersedia untuk pembelian terus, tetapi anda diberi ruang untuk menerokai koleksi ini butik Universal Traveller.
Artikel Berkaitan : Mahu Trip Estetik? Ini List Tempat Bercuti Asia Kegemaran Gen Z



