Beg tangan dianggap salah satu item fesyen yang utama buat para wanita. Bahkan beg tangan merupakan antara item kesukaan yang dijadikan koleksi bagi beberap orang, khususnya pencinta fesyen. Munculnya musim baharu, beg menjadi trend dengan stail, inspirasi dan ukuran baharu.
Selain nilai artistik yang ditampilkan pada ragam beg, peranannya dari beg turut menjadi penentu untuk memilikinya. Tas secara amnya difungsikan untuk mempermudahkan kita untuk membawa sesuatu supaya tidak rasa menyusahkan, malah mudah diatur.
Kebanyakan wanita menggunakan beg ketika berpergian, mahupun melakukan aktiviti lain, contohnya pergi kerja atau keluar bersama teman. Jenis beg yang beragam dapat melengkapi penampilan tak mengira destinasi tujuan. Cuba intip ragam jenis tas ini yang dapat menjadi inspirasi stail sempena musim panas.
THE GUCCI DIANA BAG
Antara beg tangan terhangat musim ini. Pemegang ‘bamboo’ yang ikonik diperkenalkan semula oleh Alessandro Michele melalui rekaan beg tangan Gucci Diana. Khusus untuk musim baharu. Melengkapi penampilan agar terlihat trendy juga ‘classy’, tali kulit warna neon (boleh dilaraskan) ditampilkan pada beg tangan tiga jenis ukuran.
Palet warna lantang nyata memikat juga dapat dipadu padankan dengan berbagai tema gaya sehingga penampilanmu akan semakin menawan. Ada ‘attitude’ tersendiri pada beg Gucci Diana. Pelakon Sienna Miller sudah pun dirakam membawa Gucci Diana tempoh hari.
COACH JACQUARD
Coach mahu mencipta imej muda melalui koleksi pra-musim luruh 2021, maka itu elemen street wear dan kesukanan bercampur dalam rekaan. Beg bahu saiz mini ini hadir dalam motif Coach material jacquard, warna biru lembut akan menaikkan kemanisan dan sisi fun nya. Tentu sekali dress midi boleh dicadangkan untuk dilengkapkan dengan aksesori seperti beg bahu ini. Atau rangkaian Coach pra-musim luruh 2021 yang lain, seperti sniker dan topi bucket dalam warna yang sama.
VALENTINO GARAVANI ROCKSTUD ALCOVE
Satu lagi beg yang perlu dimiliki musim ini. Hadir dalam variasi saiz, dari medium sehingga mikro. Nilai artistik yang terdapat pada beg ini usah dipertikaikan lagi. Penegasan beg terletak pada ukiran VLogo Signature yang diliputi ‘stud’ sepenuhnya. Merencahkan stail kekinian dengan paduan warna hitam serta faktor ‘rock n roll yang memaut. Kerana ukurannya yang versatil dan praktikal, ia mampu membuat penampilan yang dikenakan bertambah ‘stylish’. Saiz mikro sangat sesuai bagi kamu yang menyukai aksesori yang biarpun berbentuk kecil namun tetap kelihatan trendy.
LONGCHAMP
Seperkara yang kami suka tentang beg ini adalah keunikan reka bentuknya, juga warna yang dipertaruhkan. Rona merah menyala sesuai jika dibalas oleh rona kontra pada penggayaan pakaiannya. Contohnya, beg tangan Longchamp ini dilagakan dengan pakaian serba hitam atau kasut berona kuning terang dipadankan bersama sepersalinan pakaian putih. Oh my god, so chic!
KATE SPADE
We love how cute this bag is. Cukup sempurna menyimbolkan gaya musim panas dengan corak ‘polka dot’ diwarnai hijau yang serba fun. Ukuran mikro beg ini, boleh dibawa dengan ringkas dan semestinya berperanan sebagai pelengkap gaya yang sempurna. Gayakannya sewaktu mengambil gambar untuk posting OOTD mu.
MOSCHINO
Beg silang Moschino yang terbaru, dari koleksi Sesame Street merupakan item yang kami cadangkan untuk segera dimiliki. Karakter comel Sesame Street yang ditampilkan pada permukaan beg nyata meningkatkan stail, di samping menonjolkan sisi playful kamu. Dengan desainnya yang beragam, beg silang mampu menarik minat penggunanya agar dapat tampil fashionable. Gayakannya sesuai keinginan. Pastinya akan membuat gayamu semakin fun juga membangkitkan antisipasi rencam gaya.
Artikel berkaitan: Koleksi FENDI FF Vertigo, Stail Sempurna Sambut Musim Panas