Benarlah, kita perlu tampil sederhana dikala bertudung. Jangan menonjol sangat kerana asasnya adalah untuk tampil merendahkan diri. Tapi, wanita juga tidak dapat lari untuk bersiap cantik. Jadi, mungkin boleh update gaya hijab kamu dengan helaian skarf istimewa daripada jenama mewah ini. Gayakannya ketika hadir ke acara gala, atau nampak lebih kemas tatkala bersama your BFF!
Skarf dengan corak burung Toucan ini cukup ikonik di hutan Amazon. Ia menjadi idea utama pada pereka skarf ini, Katie Scott kerana amat cintakan dunia botanik serta biologi. Kebesaran saiz skarf ini adalah 90 x 90cm.
Keunikan skarf Louis Vuitton ini terserlah pada corak grafiti yang diangkat daripada motif puak Aboriginal. Ditambah dengan monogram klasik Louis Vuitton menaikkan lagi seri skarf LV Crafty.
Corak yang bermain dengan budaya selatan Itali ditambah dengan motif lampu-lampu indah memberi update pada gaya hijab. Dior turut serikan skarf Tree of Life dnegan logo Dior dalam rona kontra.
Di Gucci pula ada skarf dalam rona aquamarine yang dihiasi bersama corak Gucci monogram. ia menarik dengan hujung kain dibalas rona ungu. Lebih membanggakan skarf Gucci ini diperbuat daripada sutera organik dan kurangkan penggunaan bahan kimia yang tinggi.
Pautan Berkenaan: Tawaran Baharu H&M Conscious, Menyemai Kelestarian Dalam Fesyen