Video muzik kadangkala berjaya menarik banyak perhatian dalam pengeluaran lagu, lebih-lebih lagi jika melibatkan fesyen.
Video muzik dan fesyen sentiasa berkait rapat. Dengan wujudnya video muzik untuk ditonjolkan membawa sempadan baharu pemuzik untuk mempamerkan kesenian mereka. Pada masa kini, hampir mustahil untuk memikirkan momen muzik yang memberi kesan tanpa mengaitkannya dengan imej. Visual ini lebih kerap melibatkan fesyen dan penggayaan yang patut diberi perhatian.
scroll kebawah untuk melihat muzik video denim yang bergaya!
1. One Of Your Girls – Troye Sivan
Salah satu gaya Troye Sivan yang menangkap mata dalam video muzik ini ialah baju tanpa lengan berwarna putih, dengan coli hitam terdedah, pemanas lengan dengan reben berjuntai, sepasang seluar jean bootcut dan tali pinggang hitam bersaiz besar.
2. Pretty Girl – Ice Spice, Rema
Ice Spice menggayakan satu set denim baju dan skirt bersama but bertumit tinggi hitam. Gaya keduanya, dia memakai baju kuning lembut dan pleated skirt jean bersama tali pinggang besar dan but tali tumit tinggi berwarna merah jambu.
3. ‘3D – Jung Kook ft. Jack Harlow
Jung Kook menggayakan jaket biker berzip yang digayakan dengan seluar jean biru pudar potongan besar. Untuk melengkapkan gayanya, dia memakai but hitam buku lali bertali.
Gaya lain terlihat Jung Kook seperti rockstar, memadankan seluar jean gelap dengan baju hitam berlengan pendek dan but hitam bertali.
4. Never Ending Song – Conan Gray
Conan Gray menggayakan jaket kulit, dipadankan dengan seluar jean klasik, baju putih potongan leher ‘V’, sarung tangan motosikal dan kasut sneakers kuning.
5. Baggy Jeans – NCT U
NCT menggayakan gaya hip hop dengan memakai seluar jean potongan besar sesuai dengan tajuk lagu yang dicipta.
6. On My Mama – Victoria Monét
Victoria Monét menggayakan hip hop di dalam video muziknya. Terdapat beberapa gaya yang dipakai oleh Victoria dan kebanyakannya ia diagayakan dengan baggy jeans dan sentuhap topi baseball bagi menampakkan genre hiphop.
7. S-Class – Stray Kids
Dalam Video muzik kumpulan Stray Kids, mereka menggayakan pelbagai jenis seluar jean seperti ripped jeans, jean potongan besar, jean dihiasi kristal dan jean bercorak.