Apa no year end party dan hanya boleh virtual party? Jangan beri ini sebagai alasan untuk anda tidak mahu bersiap! Parti hujung tahun masih perlu ada. Tidak kisahlah hanya berdua atau boleh dilakukan diatas talian sahaja. Set your date dan kongsi link Zoom, Google Meet atau muat naik aplikasi Houseparty. Nah, pastinya acara wajib hujung tahun akan terlaksana juga. Tapi, jangan lupakan tentang penampilan anda. Tidak mahu kalah gaya walaupun hanya parti atas talian. Update look virtual party kamu setangkas your wi-fi connection!
Apa sahaja knitwear adalah item yang essential now! Ia bukan sahaja boleh tahan lama, malahan boleh digunakan untuk apa jua cuaca. Lebih-lebih lagi jika sudah di dalam bilik untuk vistual party dengan penghawa dingin full blast! Lebih nyaman apabila badan dibaluti dengan dress atau baju tenunan menggunakan benan bulu kambing. Tip EH! pastikan dress knit anda itu dalam rona semulajadi. Mungkin boleh dipakai berulang sampai boleh diturunkan pada anak pula.
Pautan Berkenaan: Duduk Di Rumah Dan Tidak Lupa Tentang Gaya
Kami di EH! sudah semakin pasti yang trend knitwear ini akan terus beraja hingga awal tahun 2021. Dek kerana kita semua masih diminta untuk duduk di rumah agar putusnya tali Covid-19. Mula buru ceraian kait yang ada di pasaran dan add to cart!