‘A BRAVE HEART’, PESONA EMMA CORRIN UNTUK MIU MIU
Jenama Miu Miu semakin giat memperkasakan tema wanita. Wanita dari generasi baharu, berkeyakinan dan yang beridentiti unik, seringnya menjadi pilihan Miu Miu untuk bergelar wajah Miu Miu. Himpunan musim luruh 2021, Miu Miu memperjuangkan gagasan keberanian dalam penghasilan kempen, oleh itu bertepatan dengan pemilihan pelakon Emma Corrin sebagai penghias kempen.
Berkarakter tegas, eksentrik dan keberkesanannya memegang sesuatu watak lakon serta kesegaran imejnya, kekal menjadi kesukaan Miu Miu. Apatah lagi, Emma sekarang bergelar bintang fesyen baharu, setelah menampilkan beberapa penampilan yang sangat baik, lain daripada yang lain. Terpegun dengan pesona wataknya dalam siri The Crown, Miu Miu turut merasakan Emma Corrin merefleksikan ilham koleksi musim luruh 2021 khasnya.
Miu Miu menyemati keberanian, dan faktor tersebut memaut pada setiap rekaan dan mengilhami komuniti wanita sebagai kekuatan kolektif. Melalui penampilan Corrin dalam kempen, ia menonjol identiti yang berbeza-beza, sama ada playful atau powerful, lembut namun tegas.
Berserta kempen cetak, satu siri kempen video turut dihasilkan. Memaparkan karakter Colin dan watak yang berbeza. Dalam kempen tersebut, Corrin membaca serangkap ayat yang berkisar tentang kisah peribadinya, yang turut menyentuh pelbagai memori mengenai sesuatu perihal. Terlihat, Corrin menyarung rekaan baharu Miu Miu yang dilengkapi aksesori dari koleksi musim luruh 2021, beg tangan dan sepatu.
VERSACE X DUA LIPA
Dua Lipa terbukti antara wajah kesayangan baru Versace. Sejak bergelar artis, Dua Lipa pernah beberapa kali menyarung Versace sewaktu menghadiri acara, mahupun membuat persembahan pentas.
Setakat ini, beberapa penampilan dan kolaborasi ikonik terjalin antara Dua Lipa dan Versace. Ternyata, hubungan baik tersebut dibawa ke tahap yang seterusnya, yang mana melantik Dua Lipa sebagai penghias kempen. Penyanyi pop itu muncul dalam siri gambar hasil tangkapan Mert & Marcus, menyarung rekaan bermotif ikonik La Greca, motif ikonik Versace yang diolah semula dedikasi musim luruh/sejuk 2021.
Versace sekiannya mempunyai hubungan istimewa bersama Dua Lipa, pernah menata gayanya untuk acara 2019 Met Gala, variasi persembahan nyanyian, dan acara-acara utama. Yang terbaru, Dua Lipa memakai rekaan Atelier Versace di karpet merah Grammys, yang mana dia merangkul anugerah untuk kategori Album Pop Vokal Terbaik. Stailnya yang sempurna, ‘fearless’ dan berdaya tarik menjadikannya rakan jenama yang sempurna untuk Versace.
“Saya sangat gembira dapat bekerja dengan label Versace yang ikonik. Berpeluang bekerjasama dengan Donatella Versace, dapat menjalin ikatan juga berkongsi cinta pada fesyen adalah sesuatu yang luar biasa. Perkongsian sepanjang proses ini merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Gambar yang kami hasilkan bersama tampil lebih baik daripada yang saya bayangkan, kami sangat teruja dapat berkongsinya kepada anda semua,” komen Dua Lipa.
Kempen diarahkan oleh Ferdinando Verderi, penata gaya oleh Jacob K, solekan oleh Lisa Eldrige dan Paul Hanlon sebagai pendandan rambut.
DEBUT KIM JONES UNTUK FENDI
Berpusat di alam semesta FENDI, kempen sulung koleksi ‘ready to wear’ musim luruh/sejuk 2021 ciptaan Kim Jones, mengeksplorasi kisah yang menjelajahi dalam koleksi. Penghormatan buat rumah fesyen tersebut, menampilkan keanggunan Itali yang luar biasa, seperti yang dilihat dari perspektif baharu.
Diarahkan secara kreatif oleh Ronnie Cooke New House dan difoto oleh Craig McDean dengan latar belakang ibu pejabat FENDI di Palazzo della Civiltà Italiana, konsep gambar yang menyatukan ‘classicism’ dan modenisasi, simbolik kepada titik permulaan visi Jones untuk FENDI.
Berlandaskan tradisi, namun melihat ke depan untuk masa depan, konsep visual yang baharu- yang disemai dengan semangat dan cahaya ibu kota. Inilah nadi FENDI, dihidupkan semula.
The FENDI First, tanpa ragu, antara aksesori utama yang menjadi perhatian dari musim ini. Rekaan ‘bersih’ dan bersiluet elegan, mengusulkan beg wajib miliki, yang nyatanya trik gaya terbaik untuk saban musim.
Fendi First hadir dalam tiga ukuran yang disesuaikan dengan ragam gaya peribadi yakni, mini, kecil dan medium. Dilengkapi tali beg dan cangkuk yang boleh dilipat dengan bahagian dalamnya yang luar biasa. Diperbuat daripada variasi material kulit, dari wool, Python, Shearling dan Mink.
Artikel berkaitan: The Carters, Simbol Kisah Cinta Moden Tiffany & Co.