Teks, Penata Gaya & Penyelaras : Julia Azman
Arahan Seni : Yantie
Solekan dan Dandanan : Sahir Sabri
Aksi spontan ‘New Girl In Town’ Farah Nabilah dalam naskhah fesyen bulan ini membawa kepada interprestasi ilham minimalis nan feminin.
1. Momen penting yang melonjokkan nama anda?
Drama Titian Cinta menerusi watak Aish melonjakkan nama saya hinggakan ada peminat saya lebih selesa memanggil nama Aish berbanding Farah. Sebelum bergelar pelakon, saya banyak terlibat dalam pengambaran komersial TV dan model.
2. Apakah fesyen mantra anda?
Pakaian tidak akan mengubah dunia namun pemakainya terutama wanita mampu mengubahnya secara tidak langsung.
3. Siapakah pilihan ikon fesyen anda?
Kate Middleton. Cara pembawaaan dirinya menerusi persalinan serba sopan dan klasik membuatkan saya sangat tertarik dengan personalitinya. Tidak perlu menampakkan tubuh untuk kelihatan cantik, cukup sekadar anda tahu siapa diri anda.
4. Apakah persalinan paling selesa dalam gerobok anda?
Baju kaftan batik atau lebih dikenali sebagai baju kelawar. Sudahlah selesa malah mudah juga untuk bergerak.
5. Adakah anda mengikuti trend fesyen semasa?
Sejujurnya saya tidak pernah mengikuti trend fesyen terkini. Cukup sekadar persalinan yang sedia ada dan yang penting ia harus sopan dan selesa. Pakaian saya melambangkan personaliti dan mood saya.
6. Apakah pekerjaan idaman anda?
Hos TV untuk program kembara! Saya sangat gemar melancong dan melakukan aktiviti lasak dan mencabar minda. Kalau boleh ingin kembara serata dunia.
7. Perkara yang ingin sekali anda lakukan?
Berada dalam gua mewah seperti sebuah suite bilik hotel mewah yang punya servis dalam bilik sambil menonton filem.
8. Apakah kata perangsang bagi diri anda?
“Weak people revenge, strong people forgive and intelligent people ignore”
9. Apakah bucket list anda?
Kembara bersama soulmate saya.
10. Apakah perkara yang membawa kepada kepuasan maksimum?
When I make my parents happy
PERKARA WAJIB PERLU ANDA TAHU MENGENAI FARAH NABILAH
- Aktres terkenal Izara Aishah adalah teman karibnya malah dia juga menjadi maid of honor sewaktu majlis perkahwinan Izara.
- Hobinya suka memasak dan paling digemari adalah membuat kek dan pastry.
- Kurang berminat mempamerkan perihal personal dalam media sosial.
- Karier bermula sebagai model komersial TV.
- Drama Titian Cinta bersama pelakon lelaki Zul Ariffin melonjak nama Farah Nabilah atau senang digelar Fawa.