Burberry di bawah tunjang kreatif Ricardo Tisci tampaknya terus bergerak ke hadapan dengan ilham dan rekaan yang penuh inovatif dan tarikan tersendiri. Terbaru Burberry memperkenalkan The Pocket Bag yang dilihat sebagai satu signature kepada rumah fesyen London ini. Beg ini diinspirasikan daripada arkib Burberry sendiri dan diperindah dengan cetakan logo dan boleh digayakan dalam beberapa stail.
Burberry melengkapkan koleksi beg kanvasnya dengan beberapa ilham lain menerusi himpunan musim bunganya tahun ini. Pilih yang mana satu pilihan kalbu.