Adakah anda sudah bersiap sedia untuk melangkah dengan penuh yakin ke tahun 2021? Adakah wardrobe kamu setanding trend yang bakal hangat 2021? Jika masih was-was mungkin boleh betulkan dahulu gerobok fesyen kamu dengan update rona kepada color Pantone of 2021 yakni rona Illuminating yellow. Ia memberi simbol optimistik, kegembiraan dan friendship. Serta kilauan kuning ini seakan memberi nikmat baru dalam menikmati hari seterusnya.
“We need to feel encouraged and uplifted, this is essential to the human spirit,” Leatrice Eiseman, Pengarah Eksekutif Pantone
Pemilihan rona Illuminating yellow ini adalah untuk mengembalikan semula memori sewaktu kecil. Kuning lebih dekat dengan kanak-kanak dan buat yang dewasa mampu menghidupkan memori lalu. Ia memberikan lambang harapan yang perlu dipupuk dek kerana pendamik global sekarang. Kita boleh bayangkan apabila sinar kuning menatri membasahi bumi, ia mampu menaikkan lagi semangat untuk terus maju ke hadapan.
Kuning juga memebrikan ilusi yang lebih lembut dan elegan. Ia mampu menggantikan rona millennial pink yang saya rasakan sudah bosan asyik digunakan untuk memberi simbol muda. Kuning ini mewujudkan simbol nostalgia yang tersendiri. Usah takut untuk bersiap dalam ceraian kuning, paduanya boleh beri kesegaran pada gaya harian. tidak perlu head-to-toe. Cukup sekadar dengan aksesori, atau helaian top yang memberi semangat pada stail harian kamu.
Pautan Berkenaan: Eksperimen Gaya Ameera Khan, Intan Najwa, Janna Nick & Nora Danish Dalam Himpunan SINCE 1854 Louis Vuitton