FESTIVAL FILEM CANNES KEMBALI. BARISAN SELEBRITI DAN PENGGIAT SENI BERHIMPUN DI ACARA TERBESAR ITU, MEMPERAGAKAN BUSANA MEWAH BERBALAS PERHIASAN DIRI BERKILAU DI KARPET MERAH. BINTANG-BINTANG MUDA TAMPIL MENCURI TUMPUAN. EH! SENARAIKAN ‘YOUNG STARLETS’ PALING MEMUKAU DI CANNES.
Festival Filem Cannes yang ke-74 berlangsung pada minggu lepas, selepas penganjurannya dibatalkan tahun lalu kerana pandemik. Namun, ia kembali diadakan dengan menyaksikan barisan bintang, termasuk pelakon, model dan penggiat filem melewati karpet merah dalam busana mewah masing-masing. Terbukti, acara karpet merah telah kembali. Lapangan fesyen kembali meriah.
Bermula pada 6 Julai yang lalu, acara pembukaan telah diadakan dengan segmen tayangan filem “Anette”, lakonan oleh Adam Driver dan Marion Cotillard. Memperlihatkan barisan selebriti dan tetamu bergaya sakan dalam adibusana mewah yang dilengkapi barang kemas ternama, seperti Chopard. Pada malam pertama Cannes, Marion Cotillard dirakam memilih gaun Chanel sebagai look utama. Di sampingnya, terlihat Adam Driver dalam sut klasik rekaan Burberry, yang nyata mencuri tumpuan.
Cannes juga adalah tempatnya untuk para selebriti, tidak mengira senior atau yang baru, berkumpul untuk bersama meraikan filem-filem hebat yang bakal ditayangkan kepada umum. Untuk Cannes tahun ini, filem yang paling mendapat perhatian ialah Benedetta, The Worst in the World, Memoria dan Titane. Dihangatkan lagi dengan kemunculan model, Bella Hadid dalam gaun putih Jean Paul Gaultier, koleksi Couture 2002, yang mana pernah diperagakan oleh Naomi Campbell sewaktu pertunjukan Jean Paul Gaultier Haute Couture musim bunga/panas 2002. Such an iconic moment.
Terlihat bintang-bintang muda yang tampil glamor nan mewah dalam balutan busana pilihan masing-masing. Label Dior, Chanel dan Armani antara yang mendominasi stail karpet merah di Cannes kali ini. Namun begitu, bintang-bintang muda dilihatkan tampil stylish dalam pilihan busana jenama fesyen yang bereka berani. Seperti, model, Didi Stone dalam rekaan Jean Paul Gaultier dan Lorena Rae tampil seksi dalam gaun hi-lo Elie Saab. Oleh itu, EH! Tampilkan barisan bintang muda atau ‘young starlets’ memukau di Cannes.
- KOUKLA LAPIDUS DALAM BUSANA DIOR & AKSESORI CHOPARD