Label ikonik kota New York, Coach mementaskan koleksi musim luruh/sejuk 2020 oleh Pengarah Kreatif, Stuart Vevers bersempena dengan New York Fashion Week. Koleksi baharu buat wanita juga lelaki ini menampilkan kolaborasi eksklusif bersama Estate oleh Jean-Michael Basquiat. Dalam memberikan penghormatan kepada kolaborasi ini, kakak juga ibu tiri artis tersebut turut hadir menyerikan pementasan kali ini, selain anak buahnya iaitu Jessica Kelly muncul berjalan di pentas ini.
Bintang antarabangsa kebanggaan Malaysia, Yuna turut duduk di kerusi hadapan bersama barisan selebriti A-list seperti pelakon Black Panther, Michael B. Jordan; penyanyi rap, Megan Thee Stallion; model Jepun, Koki; dan juara tenis, Naomi Osaka. Turut hadir memeriahkan pementasan kali ini termasuklah Snoh Aalegra, Zoey Deutch, Jon Batiste, Camila Morrone, Rafferty Law, Dree Hemingway, Paloma Elsesser, Lolo Zoua,; Miles Chamley-Watson, Quincy Brown, Zsela; Lee Quiñones, Malu Byrne, Coco Gordon Moore, Salem Mitchell, Carlotta Kohl dan Ellie Thumann.
Pementasan kali ini cukup isitimewa. Selain menampilkan persembahan secara langsung oleh kumpulan punk rock The Coathangers, penonton turut dikejutkan dengan kemunculan legenda Debbie Harry daripada kumpulan muzik ikonik, Blondie yang membuat persembahan penutupan. Momen fesyen yang pasti diingati sepanjang minggu fesyen kali ini.
47th Street Warehouse, New York City menjadi lokasi pilihan buat Stuart Vevers untuk mempersembahkan himpunan terbaharunya. Downtown, a light-filled loft. Balai seni yang tersendiri ini disatukan bersama heritage label kota New York dalam letusan warna, ekspresi grafik dan imaginasi terdahulu. Setiap satunya disertakan bersama jaket nan statement. Turut mencuri perhatian apabila Legacy Stripe, jalur ikonik Coach telah dikembalikan dengan energi dan attitude lebih muda. Aksesori kulit seperti beg tangan dan kasut pula dibiaskan dengan cantuman blok kota, geometri Gotham yang unexpected.