Siapa yang tidak kenal sama Zendaya, mungkin mereka tidak punya akaun media sosial. Atau tidak ambil pusing apa yang top di dalam televisyen. Dia ini adalah superstar terbaru. Punya resume yang bagus-bagus. Bukan sahaja pelakon, gadis asal Oakland ini juga boleh menyanyi, berdansa dan bermula kerjayanya sebagai perawagati buat Macy’s. Kini dia tambah lagi satu tugas baru sebagai duta buat Valentino.
Mengapa dia menjadi pilihan Valentino? Ia adalah atas tiket yang dia ini boleh merapatkan jurang diantara kisah silam, sekarang juga momen hadapan. Pierpaolo Piccioli selaku Pengarah Kreatif Valentino berkongsi, pilihannya ini tepat juga kerana ia menyampaikan rasa romantik dengan rentak yang lebih kontemporari.
“Pilihan Zendaya adalah tepat buat jenama kerana dia menzahirkan apa Valentino sekarang. She is powerful and fierce young woman,” ujar Pierpaolo Piccioli.
Pautan Berkenaan: 5 Stail Paling Wow Di Karpet Merah Critics’ Choice Awards 2020
“Saya rasa cukup berbesar hati dipilih sebagai duta baru Valentino. Tidak sabar untuk bersama-sama berkolaborasi dengan Pierpaolo dan keluarga besar Valentino,” kata Zendaya.
Pierpaolo cukup menghargai renyak pelakon ini yang cukup progresif serta menjadi suara baut genarasinya sekarang. Lebih jelas terpancar melalui watak Rue yang dibawa olehnya melalui siri drama Euphoria. Melalui siri itu dia telah dia menerima anugerah daripada Primetime Emmy Awards yang berlangsung pertengahan tahun ini.