Zendaya membuktikan jika kita ada keyakinan tinggi dan percaya dengan aura yang dibawa, mengulang pakai gaun yang sama atau yang pernah digayakan selebriti lain adalah tak menjadi hal.
EH! bariskan lapan penampilan Zendaya sewaktu dia hadir promosi jelajah filem terbarunya ‘The Drama’ yang menggandingkannya bersama aktor tampak, Robert Pattinson.
Gaya yang menjadi tular kerana dia menggayakan gaun yang sama pernah digayakan oleh vocalist pop terbaik dunia, mendiang Whitney Houston. Gaun vintaj ini adalah dari label Coché. Penampilannya ini adalah sewaktu hadir ke ESSENCE Black Women in Hollywood Awards 2026, kehadirannya sebagai salah satu langkah promosi filem terbarunya ini.

Zendaya membuat kejutan apabila muncul di pentas Anugerah Akademi (Oscars) 2026, ramai tidak menyangka dia akan muncul kerana kelibatnya tidak kelihatan di karpet merah. Zendaya menggayakan gaun coklat Louis Vuitton, hadir bersama hero filem ini sendiri, Robert Pattinson.

Zendaya dilihat menggayakan gaun sutera sifon bercorak ketika hadir ke studio untuk ‘Jimmy Kimmel Live’.

Dalam hari yang sama, suri hati Tom Holland ini menyalin persalinan Moschino untuk program ‘Jimmy Kimmel Live’ di Los Angeles.
Sewaktu premier filem ini di Los Angeles, Zendaya mengulang pakai gaun ivory Vivienne Westwood yang pernah digayakannya sewaktu ke Oscar 2015. Dia membuktikan, jika bijak styling biar pada solekan atau dandanan, penampilan boleh nampak berbeza biarpun menyarung gaun yang sama. Vibes lain!

Ekor kain yang dramatik biarpun potongan busana Louis Vuitton ini cukup minimalis. Ini gaya monokromnya sewaktu ke premier di Paris.
Zendaya menyarung gaun Armani Privé yang sebelum ini pernah dipakai oleh aktres Cate Blanchett sewaktu dia hadir ke SAG Awards (2022) dan Venice Film Festival 2025. Zendaya menggayakan gaun dengan perincian di dada ini sewaktu ke premier di Rom, Itali.

Zendaya memilih sut Francesco Murano sewaktu promosi di Rom, Itali.






