Oleh: Mujahid Saddam
Era moden masa kini menyaksikan pelbagai jenis gajet berteknologi tinggi muncul tanpa henti. Bak cendawan tumbuh selepas hujan, setiap syarikat teknologi berlumba-lumba mengeluarkan gajet baru bagi memenuhi kehendak pasaran yang semakin tinggi permintaannya.
EH! menyenaraikan antara gajet terhangat masa kini yang menjadi kegilaan peminat teknologi di luar sana.
1. GoPro HERO3+ Black Edition
Gambar: GoPro
GoPro adalah antara gajet terhangat yang menjadi buruan peminat aktiviti luar yang mahu mengabdikan kenangan mereka dalam bentuk gambar. Digunakan oleh selebriti seperti Tomok untuk menangkap aktivit hariannya, GoPro kini tampil dengan HERO3+ Black Edition yang lebih kecil dan ringan serta ciri-ciri dan kualiti gambar yang lebih memuaskan.
Anggaran di pasaran: RM1, 400+
2. Lenovo
Gambar: Lenovo
Lenovo antara jenama alternatif buat mereka yang mahukan telefon pintar selain dari jenama besar seperti iPhone dan Samsung. Tampil dengan 4 siri berbeza iaitu VIBE, A Series, S Series dan P Series, setiap model mempunyai ciri tarikan yang tersendiri bagi memenuhi setiap kelompok pengguna telefon pintar di luar sana.
Harga: RM199 – RM 1,080
3. Oppo N1
Gambar: Oppo
Terkenal dengan reka cipta yang inovasi, Oppo dikenali dengan rekaan telefon pintar yang melangkaui sempadan, jauh dari pesaingnya yang berada di pasaran. Oppo N1 merupakan telefon pintar pertama mempunyai kamera 13-megapixel yang boleh diputar.
Harga: RM1, 798
4. Xiao Mi
Gambar: Xiao Mi
Satu lagi jenama telefon pintar dari Negara China yang semakin mendapat tempat di hati peminat teknologi tempatan, Xiao Mi menjadi pilihan alternatif kerana harganya yang berpatutan. Walaupun hanya boleh dibeli didalam talian, ianya bukanlah faktor penghalang bagi peminat gajet untuk memiliki jenama ini.
Anggaran di pasaran: RM419 – RM800+
5. Huawei
Gambar: Huawei
Mungkin agak asing bagi pengguna teknelogi tempatan, tetapi Huawei adalah jenama yang bakal memberi saingan kepada jenama besar telefon pintar. Lebih terkenal sebagai syarikat servis serta peralatan komunikasi, Huawei kini melangkah lebih maju lagi dengan mengeluarkan telefon pintar sendiri. Tampil dengan reka bentuk menarik serta kualiti gambar yang amat memuaskan, tidak hairan jika ianya akan menjadi rebutan kelak.
Harga: RM149 – RM1, 808
6. Selfie Digital Camera
Gambar: Sony
Budaya selfie yang semakin berleluasa sejak beberapa tahun ini membuatkan syarikat teknologi turut mengambil peluang dengan mengeluarkan kamera digital yang mempunyai ciri tersebut. Kamera seperti Sony RX100 III dan Samsung NX3000 mempunyai ciri LCD screen yang boleh berputar sekaligus menampakkan wajah pengguna kamera yang gemar selfie.
Anggaran di pasaran: RM1,238.00 – RM2,508.00 (Sony RX100 III)
7. Aksesori Bergambar
Gambar: Photojojo
Antara trend terhangat buat pengguna telefon pintar masa kini yang gemar bergambar. Aksesori bergambar seperti fish eye lense dan monopod merupakan suatu kemestian bagi menampakkan kelainan terhadap moment yang diambil. Boleh didapati di mana-mana kedai telefon atau dalam talian, aksesori ini mampu dimiliki kerana harganya yang amat berpatutan.
Anggaran di pasaran: RM30 – RM70
8. Power Bank
Gambar: Silvertec
Lewat ini powerbank dan telefon pintar boleh diumpamakan bagai aur dengan tebing yang tak dapat dipisahkan. Diibarat sebagai life saver, power bank memainkan peranan penting dalam memastikan ketahanan bateri sesebuah telefon pintar. Kini, ianya tampil dengan pelbagai bentuk, warna, kapasiti serta ciri bagi memenuhi kehendak pasaran yang luas.
Anggaran di pasaran: RM55 – RM500