Nad Zainal selamat melahirkan bayi lelaki pada 14 Oktober lepas pada jam 11.38 malam.
Cahaya mata sulung Nad dan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin diberikan nama Fahad Ibrahim. Menerusi gambar yang dimuat naik oleh aktres ini, Nad berasa sangat gembira akan kehadiran bayi pertamanya itu.
Dalam masa yang sama, akaun Instagram selebriti popular ini juga turut dilimpahi ucapan tahniah dan syukur kepada Nad dari pengikutnya yang selamat bersalin.
https://www.instagram.com/p/BLlrezSjIgK/?taken-by=nad.zainal
https://www.instagram.com/p/BLnyUgxjhsk/?taken-by=nad.zainal
Nad juga sempat berkongsi proses pantang yang dia lalui sekarang ini sambil mengesyorkan bidan yang dia gunakan perkhidmatannya sepanjang tempoh berpantangnya sekarang ini.
https://www.instagram.com/p/BLstbqCDXPU/?taken-by=nad.zainal
Sebelum ini, Nad pernah membuat pengakuan yang dia takut untuk melalui proses bersalin selepas mendengar pengalaman kawan-kawannya yang lain, tetapi kini ternyata yang aktres ini cukup kuat dan berjaya mengharunginya dengan selamat dan lancar.
Tahniah EH! ucapkan kepada Nad Zainal dan suami! Semoga kehadiran cahaya mata pertama ini membawa lebih keharmonian dan kebahagiaan dalam rumah tangga.