Oleh : Farhana Fuad
Malam gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 berlangsung dengan penuh meriah di Pusat Dagangan Dunia Putrajaya (PICC) Ahad lalu.
Kali ini, giliran Neelofa membawa pulang trofi Anugerah Bintang Popular BH bersama kereta Volkswagen Passat bernilai RM173,888 tajaan Volkswagen Group Malaysia.
Seperti biasa, kala berlangsungnya majlis penganugerahan berprestij sebegini apa yang dinanti-nantikan adalah acara karpet merah. Kali ini, ABPBH29 mengangkat tema Respek sebagai tanda untuk memupuk semangat dan budaya hormat-menghormati dengan semua orang tidak kira tua mahupun muda.
Majlis ini memilih tema Black Tie. Barisan selebriti mahupun yang popular dan baru hadir dengan persalinan mereka yang pastinya menjadi tumpuan ramai serta lensa kamera kumpulan media tempatan.
EH! kongsikan gambar gaya selebriti di karpet merah ABPBH29.
Fathia Latiff

Dayang Nurfaizah

Diana Danielle

Fara Fauzana

Risteena Munim

Ifa Raziah

Aizat Amdan

Mia Ahmad

Ziana Zain

Siti Saleha

Shiha Zikir

Remy Ishak

Sherry Alhadad

Emma Maembong dan Kamal Adli

Neelofa

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin

Indah Ruhaila

