Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Kenzo x H&M
Jika sebelum ini H&M pernah berkolaborasi bersama Alexander Wang dan Balmain, kali ini jenama fesyen terkemuka dunia ini menjalin kolaborasi bersama Kenzo pula.
Koleksi kolaborasi pertama kali ini banyak bermain dengan corak dan variasi rona nan tersendiri. Menghangatkan lagi koleksi ini pabila look book untuk kolaborasi ini menampilkan ramai artis, pereka muda dan aktivis.
Antara yang terlibat ialah Amy Sall (pelajar, aktivis dan pengasas SUNU : Journal of African Affairs, Critical Thought + Aesthetics), Juliana Huxtable (pelukis, penyair, dan DJ), Isamaya French (jurusolek artis dan sebahagian dari London-based Collective, Theo Adams Company) dan Oko Ebombo (pemuzik dan seorang artis seni persembahan yang menetap di Paris). Masing-masing merupakan wajah untuk KENZO x H&M.
Nantikan koleksi ini di stor H&M terpilih di seluruh dunia dan juga di atas talian bermula 3 November nanti.