Oleh : Farhana Fuad
Lara Alana disamping ibu bapanya, Awal Ashaari dan Scha Alyahya selamat tiba di kota Mekah kelmarin. Ini merupakan kali pertama buat anak kepada pasangan selebriti popular terbang ke tanah suci untuk mengerjakan umrah.
Pada mulanya, menurut Awal, dirinya dan isteri tidak merancang untuk membawa Lara bersama kala menunaikan umrah kali ini. Namun, atas sebab takut akan merindui anak perempuan mereka itu, Awal dan Scha bersetuju untuk membawa bersama ke tanah suci disamping penjaga buat Lara untuk memudahkan proses mengerjakan umrah di sana.
Dilihat menerusi akaun Instagram Lara, rata-rata pengikutnya mendoakan kesejahteraan serta keselamatan buat Lara dan keluarga ketika di sana. Menerusi akaun Instagram milik Scha dan Awal juga, majoriti peminat dan pengikut mereka mendoakan semoga perjalanan dan proses mengerjakan umrah mereka dipermudahkan hendaknya.
EH! turut sama teruja melihat update terkini Lara di sana yang baru sahaja berusia 23 bulan tetapi sudah diberi kesempatan dan dijemput untuk ke tanah suci Mekah. Jom lihat gambar comel Lara Alana di Mekah di bawah.