Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Instagram Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar
Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah selamat melangsungkan majlis aqiqah dan tahnik untuk anak sulung mereka yang bernama Yusuf Iskandar.
Cahaya mata pertama buat Hanis dan Hairul ini selamat dilahirkan pada 3 Jun yang lalu dengan berat 3.85 kilogram. Menerusi akaun Instagram Hairul, boleh dilihat yang dirinya sangat bersyukur kerana majlis tersebut berjalan dengan penuh lancar.
Bahkan, Hairul turut bersyukur kerana anak pertamanya itu sungguh relaks dan tenang kala majlis itu berlangsung. Dirinya juga berterima kasih kepada peminat-peminat dan pengikutnya di Instagram kerana sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keberkatan zuriat pertama mereka itu untuk menjadi anak yang soleh.
Beberapa orang rakan selebriti turut hadir di majlis aqiqah dan tahnik itu yang disempurnakan dengan dekorasi oleh Glam Weddings by Rizalman Ibrahim.
Antara rakan selebriti yang hadir termasuklah Dafi Ismail Sabri, Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri dan Johan Raja Lawak. Keluarga kecil ini tampil serba putih dan rona nude untuk Hanis hasil rekaan Jovian sendiri.
EH! kongsikan gambar di sekitar majlis aqiqah dan tahnik Yusuf Iskandar di bawah.