Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Instagram Lara Alana
Siapa yang tidak kenal dengan Lara Alana yang cukup popular menerusi akaun media sosial, Instagram. Anak kepada pasangan selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini kian menjadi perhatian ramai dek kerana kecomelan dan keletahnya yang boleh dilihat di akaunnya iaitu @LARAALANA.
April lalu Lara terbang ke negara terbit matahari itu untuk menjayakan sebuah projek bersama Yakult Malaysia. Kini, Lara yang turut dikenali dengan gelaran manja, Datin Helmet dibawa kembara sekali lagi ke negara maju itu.
Kali ini, Lara ke Jepun sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang kedua tahun yang disambut pada 22 Julai lalu. Lara turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Putera George yang genap 3 tahun.
Dilihat menerusi akaun Instagram Lara yang kini sudah mencecah 2 juta pengikut itu, ramai pengikutnya yang enjoy melihat gambar-gambar barunya yang sedang bercuti di sana.
Ada juga yang tumpang seronok melihat keberanian Lara yang baru berusia 2 tahun memegang seekor kumbang kala melakukan aktiviti luar bersama beberapa orang kanak-kanak lokal di sana.
EH! himpunkan gambar-gambar comel Lara Alana yang sedang bercuti di Jepun sekarang ini.