Oleh: Farhana Fuad
Minggu lalu, beberapa keping gambar percutian ski kerabat diraja Britain dimuat naik dari keizinan Istana Kensington. Menurut laporan media antarabangsa, Putera William dan Kate Middleton membawa dua orang anak mereka bercuti di sebuah resort ski di Eropah.
Ini merupakan percutian sekeluarga pertama Duke and Duchess of Cambridge di situ. Keluarga kerabat diraja Britain ini dilaporkan menaiki jet peribadi dan dilihat makan malam di beberapa restoran mewah di resort tersebut.
Percutian ini lebih mengujakan dengan pelbagai pengalaman baru Putera George dan Puteri Charlotte lalui sepanjang percutian empat malam itu di Les Trois Vallees di French Alps.
Kerabat diraja Britain bersama pengasuh serta pengawal peribadi mereka dilaporkan bermalam di chalet mewah di Courchevel 1850, yang mana merupakan daerah termahal di Les Trois Vallees.
Disebabkan keadaan dan cuaca yang sangat bahaya, Duke and Duchess of Cambridge mendarat di Chambery dan mengembara sejauh 60 batu ke Courchevel dengan pemandu berbayar.
Dikatakan altiport Courchevel merupakan landasan yang paling bahaya di dunia yang mana hanya mempunyai 537m landasan dan keadaan cuaca ketika itu agak berkabus dan mengehadkan jarak penglihatan.
Jom lihat gambar percutian ski keluarga diraja Britain yang EH! kongsikan ini.
[soliloquy slug=”percutian-ski-duke-duchess-of-cambridge”]