Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Eonline
Puteri comel ini sudah lama tidak kelihatan perkembangan terbarunya sejak Julai lalu. Terbaru, Kensington Palace berkongsi pada umum gambar terkini Puteri Charlotte yang kini sudah berusia lebih 6 bulan.
Menerusi gambar terbaru yang dikongsikan ini, ianya merupakan gambar yang diambil sendiri oleh ibunya, Kate Middleton. Daripada foto terbaru puteri kelahiran kerabat Diraja British ini, Puteri Charlotte memiliki rambut berona coklat chestnut sama seperti Kate dan rona kornea mata yang kebiruan sama seakan Putera Williams dan mendiang neneknya, Puteri Diana.
Puteri Charlotte dirakam gambarnya dengan persalinan kardigan berona merah jambu pastel bersama dress flora halus dipadankan dengan stokin berwarna merah jambu pastel. Puteri Charlotte turut dirakam girang bermain dengan patung kesayangannya.
Puteri Charlotte dilahirkan pada 2 Mei lalu dan telah dibaptis pada bulan Julai yang lepas. Abangnya, Putera George pula kini sudah memasuki umur 2 tahun. Tentu ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan kemunculan rasmi pertamanya di khalayak kelak.