Oleh : Farhana Fuad
Gambar : TPGimages
22 Julai 2013 antara tarikh bersejarah British yang mana ia merupakan hari kelahiran Putera George, anak kepada Putera William dan Kate middleton.
Bersempena hari ulang tahun putera di-raja itu Jumaat lalu, Istana Kensington berkongsi beberapa keping gambar comel Putera George sebagai keraian sempena sambutan hari lahirnya.
Gambar berkonsep santai, relaks dan kandid itu menyaksikan aksi putera di-raja ini sedang bermain buaian tanpa mengenakan sepatu serta duduk bersantai di atas hamparan sambil memberi makan kepada anjing peliharaan keluarganya yang bernama Lupo.
Menurut laporan CNN, ketika Putera William menghadiri acara America’s Cup World Series of Yacht di England Ahad lalu, beliau sempat berjumpa dengan peminat-peminat muda termasuklah seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun yang memenangi pertandingan mereka cipta trofi buat acara itu.
Kanak-kanak tersebut mengajukan soalan kepada Putera William “adakah yang Putera George terima untuk hadiah ulang tahun kelahirannya tahun ini?”.
“George menerima banyak hadiah. Dia terlalu dimanjakan,” ujar Putera William.
Tahun lalu, Putera George menerima banyak hadiah yang cukup mewah seperti rumah permainan stail Victorian yang bernilai£18,000 serta rocking horse yang ditempah khas yang dihadiahkan oleh Presiden Barack Obama dan First Lady Michelle Obama.
EH! kongsikan gambar comel Putera George sempena sambutan hari ulang tahunnya yang ke-3 di bawah.