Berita sedih buat peminat Gary!
Nampaknya tidak akan ada lagi sesi Monday Couple dalam program realiti Running Man selepas ini kerana Gary bakal meninggalkan program realiti ini tidak lama lagi.
Menurut laporan media antarabangsa, Gary pernah menyatakan di episod sebelum ini yang mana dia merancang untuk meninggalkan rancangan kegemaran ramai ini.
Kru dan staf program tersebut pernah cuba untuk membuat Gary berubah fikiran, namun terbukti yang ia keputusan muktamad bagi Gary.
“Saya mahu menghabiskan lebih masa dengan muzik dan saya juga ingin mempelajarinya dengan lebih mendalam,” ujar Gary.
Selepas penjelasan itu, krew dan staff Running Man mengambil keputusan untuk menghormati keputusan serta cita-cita Gary.
“Kami dengan ikhlas berterima kasih pada Gary kerana telah menjayakan sehabis mungkin semua rancangan yang melibatkannya di Running Man selama enam tahun. Gary bercadang memberikan perhatian penuh kepada karier muziknya dan kami mengharapkan yang terbaik buatnya,” kata staf Running Man.
Gary telah menjadi sebahagian Running Show selama enam tahun sejak bulan Julai 2010. Sesi penggambaran terakhir Gary untuk rancangan ini adalah pada 31 Oktober ini.