Bila kedua ibu bapa mereka adalah antara pasangan Hollywood paling berpengaruh, tidak hairanlah gaya mereka turut menjadi tumpuan lensa. Walaupun Blue Ivy dan North West baru mencecah usia empat dan tiga tahun, gaya street style mahupun karpet merah sentiasa ditunggu-tunggu untuk dijadikan inspirasi buat ibu-ibu diseluruh dunia. Siapakah yang lebih fashionable? EH! menyenaraikan gaya mereka yang paling diingati.
Blue Ivy
(Foto: eonline.com)
1. Ketika berjalan di acara karpet merah MTV VMA 2016, Blue Ivy yang diiringi oleh Beyonce memakai gaun rekaan Mischka Aoki yang menampilkan rekaan skirt tulle. Dia melengkapa gaya dengan sniker daripada Giuseppe Zanotti..
(Foto: justjared.com)
2. Ketika menyambut kehadiran hari pertama musim bunga awal tahun ini, Blue Ivy kelihatan sangat comel dalam gaun merah jambu terang rekaan Oscar de la Renta yang dikongsi bersama grafik aksesori bunga di kepala.
(Foto: eonline.com)
3. Blue Ivy dan Beyonce kelihtaan seperti kembar seiras ketika berada di kota Paris. Gaun cetak floral rekaan rumah fesyen Gucci itu direka eksklusif buat Blue Ivy memperlihatkan mereka bergambar berlatarkan Menara Eiffel.
North West
(Foto: lifeandstylemag.com)
1. Supermodel in the making! Ketika bersiar di Los Angeles, North West kelihatan cukup chic dalam gaun tutu bersama jaket rekaan custom oleh jenama kegemaran ibunya, Balmain. Dia sempat berkata ‘I said no pictures!’ ketika gambar ini dirakam paparazzi.
(Foto: Vogue.com)
2.North West membuktikan dia akan menjadi ikon fesyen satu hari nanti dengan gaya jalanannya yang on point. Dia dilihat menyarungkan baju hoodie, seluar denim putih, sniker Converse, topi dan kot bulu seperti gaya hiphop bapanya. Tidak ketimggalan, gula-gula lollipop merah sebagai aksesori pelengkap.
(Foto: whowhatwear.com)
3. Siapa bilang kanak-kanak tidak boleh bergaya edgy? North West membuktikan usia bukan halangan untuk berfsyen kali ini. Menyarungkan jaket kulit perician rambu bersama gaun renda hitam, dia menyempurnakan gayanya dengan memakai sniker Adidas Yeezy 350 Boost.