Beberapa bandar utama di dunia semakin dan ada kemungkinan akan tenggelam dek kerana akibat perubahan iklim dan peningkatan paras air laut.
Suhu global dan paras laut semakin meningkat. Kota yang berada di pinggir pantai rendah kian mengalami bencana banjir dan usaha-usaha mencari solusi mengelakkan air pasang di persisiran pantai memasuki kota giat dilakukan.
Sesetengah bandar kian ditenggelami air dek kerana peningkatan paras air laut secara perlahan-lahan di pinggir pantai, sementara kota lain banjir disebabkan mengepam air bawah tanah secara berlebihan yang menjadikan perubahan pada tekanan dan isipadu yang menyebabkan tanah mula tenggelam.
Di sini EH! himpunkan 10 bandar yang kian tenggelam dan berisiko untuk lenyap pada satu hari nanti.