Event Horizon Telescope Collaboration atau EHT buat pertama kalinya berjaya merakam gambar sebenar pertama Black Hole yang selepas lebih sedekad berusaha untuk merakamnya.
Pada April 2017, para saintis telah menggunakan sebuah rangkaian teleskop global untuk melihat dan merakam gambar pertama sebuah lubang hitam (black hole) menurut satu pengumuman dari barisan pengkaji di National Science Foundation pada Rabu lalu. Mereka berjaya merakam sekeping gambar supermassive black hole dan ia mempunyai bayang gelap di tengah galaksi yang dipanggil M87.
Dengan kejayaan ini, ia merupakan bukti visual pertama akan kewujudan black holes, kata saintis. Di dalam gambar tersebut, ia memaparkan sebuah kawasan gelap yang dikelilingi cahaya yang dilihat cukup terang pada sesebuah sisi.
Galaksi besar ini dipanggil Messier 87 atau M87 yang mana terletak berhampiran dengan cluster galaksi Virgo, 55 juta tahun cahaya dari bumi. Lubang hitam supermasif itu mempunyai jisim 6.5 bilion kali dari matahari kita.
"Kita telah berjaya melihat sesuatu yang kita sangkakan tidak akan dapat dilihat. Kita berjaya melihatnya serta merakam sekeping gambar black hole," kata Sheperd Doeleman, pengarah Event Horizon Telescope Collaboration (EHT).
Seramai lebih 200 pengkaji yang turut serta di dalam projek EHT ini. Mereka telah bekerja lebih dari sedekad untuk merakamnnya. Projek itu dinamakan untuk cakrawala horizon, batas yang sekitar lubang hitam yang melambangkan tiada cahaya atau radiasi sekalipun yang boleh melarikan diri darinya.
Dalam usaha untuk merakam sekeping gambar black hole itu, saintis menggabungkan kekuatan lapan radio teleskop di seluruh dunia menggunakan Very-Long-Baseline-Interferometry. Ini secara efektif mewujudkan teleskop maya yang mana sekitar saiz yang sama dengan Bumi.
Teleskop yang terlibat dalam menghasilkan global array ini termasuklah ALMA, APEX, IRAM 30 meter teleskop, teleskop James Clerk Maxwell, teleskop Millimeter besar Alfonso Serrano, Submillimeter Array, teleskop Submillimeter dan teleskop South Pole.
"Pemerhatian adalah gerakan yang diselaraskan di mana kami secara serentak mengarahkan teleskop kami dalam urutan yang dirancang dengan teliti," kata Daniel Marrone, profesor astronomi bersekutu di University of Arizona.
"Dalam memastikan pemerhatian itu benar-benar serentak, supaya kita dapat melihat gelombang cahaya yang sama kerana ia mendarat di setiap teleskop, kita menggunakan jam atom yang sangat tepat pada setiap teleskop."
Pelbagai piring teleskop mengumpul 5,000 trillion bytes of data selama dua minggu, yang mana ia diproses menerusi komputer berteknologi sangat tinggi, jadi saintis mampu menerima gambar tersebut.
Namun, sejauh mana kita mengetahui tentang kewujudan black hole ini? EH! kongsikan 10 fakta tentang black hole yang anda patut tahu di bawah.