Nama An Najwa menjadi trending sekarang ini berikutan kejayaan Malaysia dalam perlawanan akhir bola jaring Sukan SEA KL2017 menumpaskan pesaing Singapura.
Perlawanan tersebut berlangsung dengan jayanya di Stadium Juara Bukit Kiara pada Ahad lalu. Berikutan kemenangan Malaysia itu dengan mata akhir 65-41, ia telah menarik tumpuan ramai.
Salah seorang atlet bola jaring Malaysia, An Najwa Azizan kini kian popular selepas kejayaan pasukan bola jaring Malaysia berjaya mengaut pingat emas di acara Sukan SEA yang sedang berlangsung sekarang ini.
Jadi, EH! kongsikan 10 fakta tentang An Najwa untuk anda kenal atlet negara ini dengan lebih mendalam.
1. Dilahirkan pada 9 Ogos 1997. An Najwa merupakan anak ke-4 dari lima orang beradik. Gadis berusia 20 tahun ini berketinggian 178 sentimeter.
2. An Najwa sebenarnya mewarisi bakat sukan bapanya iaitu Azizan Azmi yang merupakan bekas pemain ragbi kebangsaan.
3. Sebelum berjinak dengan sukan bola jaring, An Najwa pada mulanya terbabit dengan sukan olahraga acara lompat jauh. Kemudian, penjaring ini mula giat dengan sukan bola jaring pada usia 13 tahun.
4. An Najwa diangkat sebagai Most Valuable Player ketika pasukan bola jaring negara merangkul juara dalam Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lepas.
5. Sentiasa fokus dalam menjaringkan bola. Tiada sebarang rahsia tentang kehebatannya dalam menghasilkan gol setiap kali memegang bola.
6. Pasukan bola jaring wanita pernah menjemput golongan lelaki untuk menjadi lawan mereka ketika sesi latihan kerana ia sedikit sebanyak menguatkan lagi semangat kumpulan wanita serta membantu mereka untuk beraksi lebih lagi menyamai pasukan lelaki.
7. Mempunyai hobi menyanyi, An Najwa berpendapat yang dirinya mungkin akan menjadi seorang penyanyi jika bukannya atlet negara. Selain itu, dia juga memendam cita-cita untuk menjadi seorang doktor atau ahli perniagaan.
8. Selain menyanyi, An Najwa suka menyifatkan dirinya sebagai seorang yang suka makan.
9. Pada hakikatnya, An Najwa akui yang dirinya seorang yang sangat malas untuk menjalani sesi latihan tetapi dia terpaksa melakukannya kerana dengan cara itu ia dapat membantu pasukan bola jaring boleh berjaya.
10. Dia juga mempunyai rutin yang biasa dilakukan sebelum masuk ke perlawanan seperti mandi dan mendengar muzik. Baginya ia seakan satu kebiasaan yang boleh menjamin semangatnya terus naik serta secara tidak langsung menolak segala perasaan tidak sedap hati.