Stella Tennat
Supermodel popular di era 1990-an ini cukup disayangi ramai pereka fesyen seperti Karl Lagerfeld dan Gianni Versace. Dikurniakan dengan wajah androgynous, Stella meninggal dunia di kediamannya di Duns, Scotland pada 22 Disember 2020, lima hari selepas ulang tahunnya yang ke-50. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarganya, Stella berhadapan dengan masalah kesihatan mental dan ‘been unwell for some time’. Mereka mengakui Stella membunuh diri namun tidak berkongsi bagaimana caranya.