Anthony Bourdain
Chef selebriti kelahiran New York ini cukup terkenal dan pernah memenangi pelbagai anugerah termasuklah lapan trofi Emmy Awards. Antara rancangan masakannya yang popular ialah ‘A Cook’s Tour’ dan ‘No Reservation’. Sewaktu hidupnya Anthony terbuka membincangkan masalah ketagihan dadah dan juga depresi. Berita bunuh dirinya mengejutkan terutama ibunya, kerana bagi ibunya Anthony memiliki semuanya dan dia tidak pernah terfikir anaknya itu akan mengambil nyawanya sendiri. Anthony menggantung dirinya pada 8 Jun 2018 di Le Chambard Hotel, Perancis dan ketika itu dia dalam proses penggambaran untuk rancangan ‘Parts Unknown‘. Dia mati pada usia 61 tahun.
Artikel Berkaitan: Dramatik Sungguh Kisah 10 Selebriti Korea Mati Sebab Bunuh Diri