Vincent Van Gogh
Pelukis agung berbangsa Dutch ini menjadi popular selepas kematiannya. Dilahirkan pada 30 Mac 1853, Vincent dipercayai mengalami masalah mental sejak muda lagi. Sewaktu hidupnya dia telah menghasilkan 2,100 karya termasuklah lukisan ikonik, Starry Night. Salah satu tragedi yang cukup diingati ialah Vincent pernah memotong telinganya sendiri dan diberikan kepada pelacur. Pada penghujung hidupnya Vincent cuma makan roti dan meminum kopi yang akhirnya menyebabkan kesihatannya merosot. Pada 27 Julai 1890 dia menembak dadanya sendiri namun dia tidak mati di tempat kejadian dan sempat pulang ke rumahnya dan dibawa ke hospital. Vincent menghembuskan nafas terakhirnya di hospital dua hari kemudian pada usia 37 tahun.