Alexander McQueen
Kematian yang cukup sadis dan menyedihkan. Pereka fesyen ini khabarnya mengalami kemurungan selepas ibunya meninggal dunia seminggu sebelum dia membunuh diri. Alexander mati pada 11 Februari 2010 akibat pengambilan ubat tidur dan kokain dan kemudiannya menggantung dirinya. Sewaktu kemuncak kerjayanya dia telah menerima pelbagai anugerah termasuk Commander of the British Empire (CBE). Alexander pernah mempunyai sejarah pengambilan ubatan berlebihan dan masalah mental. Ketika tragedi bunuh diri, Alexander berusia 40 tahun.