Mencari lokasi istimewa untuk meraikan insan paling berharga sempena Hari Ibu?
Sama ada anda merancang brunch santai, minum petang penuh manisan, atau makan malam istimewa, inilah masa terbaik untuk meluangkan masa berkualiti sambil menghargai segala pengorbanan seorang ibu.
EH! menghimpunkan hotel dan kafe pilihan di Kuala Lumpur yang sesuai untuk sambutan Hari Ibu, lengkap dengan suasana, menu menarik dan vibe yang ‘Instagram-worthy’.

Intercontinental Kuala Lumpur
ONESIXFIVE Lounge di InterContinental Kuala Lumpur menawarkan pengalaman afternoon tea yang cukup memikat. Dikenali dengan suasana mewah dan tenang, ruang ini sesuai untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama ibu dalam suasana yang lebih intim dan sofistikated. Istimewa sempena Hari Ibu, Hidden Gems Afternoon Tea dihidangkan untuk dua orang, lengkap dengan pilihan hidangan manisan dan savoury yang disusun cantik. Lebih istimewa, set ini turut didatangkan dengan dua Pink Lychee Tini mocktails yang menyegarkan serta sekuntum bunga ros khas buat ibu, sentuhan kecil yang pasti mencipta kenangan manis.
- Tarikh : 9 & 10 Mei 2026
- Waktu : 2.00 petang – 5.00 petang
- Harga : RM228 nett (set untuk 2 orang)

Sheraton Petaling Jaya
Miyabi di Sheraton Petaling Jaya tampil dengan pengalaman omakase yang eksklusif dan penuh kejutan rasa, sempurna untuk mencipta momen penuh makna bersama insan tersayang. Menawarkan Mother’s Day Sharing Omakase, hidangan ini direka khas dalam bentuk multi-course bermusim yang menggabungkan rasa autentik Jepun dengan sentuhan moden. Lebih menarik, anda boleh menikmati potongan RM288, menjadikan pengalaman premium ini lebih berbaloi untuk diraikan bersama ibu tercinta.
- Tarik : Sepanjang Mei 2026
- Lokasi : Miyabi, Level 3A
- Informasi : Sesuai untuk 3–4 orang & nikmati diskaun RM288 untuk pengalaman ini

BlackBixon Cafe & Restaurant
Terletak di Jalan Inai, kafe ini sesuai untuk anda yang ingin meluangkan masa berkualiti bersama ibu tanpa suasana terlalu formal. Pakej Hi-Tea with Mom ini direka untuk dua orang, menampilkan 7 pilihan pastri buatan tangan yang lembut dan menyelerakan, dipadankan dengan dua minuman pilihan sama ada kopi atau teh.
- Harga : RM68++ (untuk 2 pax)
- Lokasi : Eksklusif di outlet Jalan Inai
- Informasi : Tempahan: +6017-395 0321 & tempat terhad, disarankan untuk membuat tempahan awal

Pokok KL
POKOK KL Cafe antara kafe paling popular di Kuala Lumpur kerana ia terkenal dengan konsep glasshouse yang dikelilingi kehijauan semula jadi. Vibe & suasana kafe ini menawarkan pengalaman seperti berada di dalam taman kaca moden, dengan dinding dan bumbung kaca penuh yang membenarkan cahaya semula jadi masuk, sangat ‘Instagram-worthy’. Dikelilingi pokok-pokok hijau, ia terasa seperti urban escape di tengah kota, tenang, segar dan sesuai untuk sesi brunch atau catch-up santai bersama ibu.
Baca: Raikan Hari Ibu 2026 Dengan Hadiah Istimewa Pilihan EH!
