Fakta tentang Pisces ini akan membantu anda menemui keajaiban dan misteri yang menyelubungi orang yang lahir antara 19 Februari sehingga 20 Mac.
Sesetengah maklumat boleh dipercayai, namun terdapat juga banyak salah tanggapan yang mengelilingi ciri dan kepercayaan yang dikaitkan dengan horoskop Pisces.
Pisces adalah tanda bintang kedua belas terakhir yang lahir antara 19 Februari sehingga 20 Mac. Zodiak yang dikenali dengan perangai – kedalaman emosi, imaginasi kreatif dan empati yang mendalam ini cenderung untuk rasa sensitif mengikut tenaga di sekeliling mereka.
Berikut adalah 7 mitos dan fakta pelik tentang horoskop Pisces:
FAKTA
#1 Hubungan emosi yang terbaik
Terima kasih kepada perasaan intuisi dan belas kasihan mereka yang mendalam terhadap orang lain, Pisces ialah tanda zodiak teratas dalam hal hubungan emosi dalam hidup mereka.
Intuisi mereka membolehkan mereka mudah untuk menyedari apa yang orang lain rasakan. Apabila kita berasa kecewa dan tidak berkata apa-apa, Pisces akan mengetahui bahawa ada sesuatu yang tidak kena dan akan mengambil berat tentang anda.
#2 ‘Ikan’ dalam astrologi, mereka suka berenang
Horoskop Pisces adalah tanda air, dan kedua-dua nama dan simbolnya adalah ikan, yang merupakan elemen air yang kuat. Hubungan kuat dengan air inilah sebabnya Pisces sangat gemar berenang.
Menghabiskan masa di dalam air dan berenang adalah salah satu cara terbaik untuk Pisces berasa tenang.
#3 Hubungan yang kuat dengan muzik
Pisces sukakan muzik. Lirik dan melodi boleh menimbulkan emosi yang kuat dalam Pisces sehingga mereka boleh menangis apabila mendengar dan menghayati lirik sedih!
#4 Seorang yang spontan
Orang kelahiran Pisces mungkin kelihatan pemalu, tetapi mereka sebenarnya sangat spontan dan boleh melakukan hampir semua perkara. Sama ada hiking atau mencuba makanan eksotik atau last minute plan, Pisces ialah rakan perjalanan yang semua orang inginkan.
#5 Pandai simpan rahsia
Pisces tidak pernah mahu menyakiti perasaan sesiapa atau membuat seseorang kecewa.
Ini membolehkan mereka bermati-matian menyimpan rahsia untuk mengelak mencederakan orang lain. Oleh itu, jika anda memerlukan rahsia yang disimpan, beritahu Pisces. Mereka tahu bagaimana untuk membawanya ke kubur. Dan itu juga sebab Pisces mendapat kawan yang baik dan setia.
#6 Horoskop Pisces – 100% setia
Apabila Pisces memutuskan bahawa mereka inginkan anda, mereka maksudkannya 100 peratus.
Terutama apabila mereka jatuh cinta, namun, di sebalik kesetiaan mereka, apabila mereka telah menamatkan hubungan percintaan, mereka cepat untuk meneruskan hubungan dengan orang baharu.
#7 Pisces tidak menyimpan dendam
Jika seseorang telah menzalimi mereka, mereka akan beri peluang kedua… dan peluang ketiga… dan seterusnya. Mereka cenderung memberi orang peluang dan cepat memaafkan.
MITOS
#1 Seorang yang sosial
Apabila anda bertemu Pisces, mereka akan menjadi sangat mesra dan sentiasa gembira untuk membantu orang lain.
Namun sebenarnya, Pisces lebih suka menikmati masa bersendirian, salah satu perkara yang menggembirakan mereka. Sama ada mendengar muzik, meditasi, berenang,atau tidur, Pisces menghargai peluang untuk bersendirian dengan fikirannya. Kecenderungan untuk menikmati masa sendirian ini berpunca daripada kelemahan emosi dan keinginan untuk melarikan diri dari realiti.
#2 Pisces menghakimi?
Pisces mahu orang yang mereka sayangi menjalani kehidupan terbaik,
Jika seseorang tidak menerima nasihat mereka, mereka boleh menjadi sedikit kecewa. Ini mungkin dianggap sebagai menghakimi, tetapi sebenarnya mereka terlalu mengambil berat.
#3 Terlalu sensitif
Pisces adalah tanda yang sangat empati dan prihatin akan orang di sekeliling mereka.
Berhubung dengan perasaan orang lain membuatkan orang ramai percaya bahawa mereka terlalu sensitif. Tetapi sebenarnya, tidak.