Rely
Daripada pelan ansuran bulanan, Rely menawarkan 4 pembayaran tanpa faedah yang perlu dibayar setiap dua minggu. Walaupun had kredit tertakluk kepada penilaian pengguna, mereka yang menggunakan kad debit mempunyai had transaksi RM1,000, manakala RM4,000 untuk kad kredit. Apabila menghubungi pihak Rely, mereka berkongsi bahawa bayaran penalti akan berkisar antara RM1-RM40 jika tidak bayar melepasi tarikh tamat tempoh. Had kredit ialah berdasarkan penilaian pengguna. Tempoh pembayarannya ialah dua bulan.