FavPay Later
Fave juga mempunyai perkhidmatan BNPL yang dilancarkan untuk pengguna membahagikan pembayaran mereka pada transaksi FavePay. Pelanggan juga boleh memperoleh pulangan tunai sehingga 10% dengan setiap pembelian FavePay Later. Had kredit yang diberikan adalah berdasarkan penilaian pengguna dan ansuran diagihkan sepanjang tiga bulan. Tempoh pembayarannya selama tiga bulan dan yuran pembayaran lewat sebanyak 1.5% daripada jumlah tertunggak yang perlu dibayar setiap kali lewat selepas 7 hari.