LAMAN WEB
1. Jobstreet
Salah satu laman web pencarian kerja utama di Malaysia, JobStreet menawarkan semak imbas pekerjaan mengikut lokasi, pengkhususan, tahap jawatan dan kategori pekerjaan yang luas mengikut pengkhususan. Merupakan sebahagian kumpulan pekerjaan SEEK Group terbesar di Asia Tenggara, Jobstreet dilanggan lebih dari 90,000 pelanggan setiap hari dan carian 11 juta jawatan kerja.
2. LinkedIn
LinkedIn adalah rangkaian carian kerja profesional terbesar di dunia dengan keahlian sebanyak 722+ juta keseluruhan di 200 negara. Laman web ini menawarkan pakej kerja yang pasti dan jujur dari majikan, malah ia juga menawarkan khidmat kaunseling dan sokongan buat modal insan yang masih meragui atau resah tentang kerjaya. Komuniti dalam LinkedIn bersifat positif dan keperluan khusus ditawarkan setanding dengan jumlah gaji yang ditawarkan.
3. Neuvoo
Laman web carian kerja Neuvoo adalah untuk memusatkan semua pekerjaan yang terdapat di web dengan lebih dari 30 juta pekerjaan yang ditawarkan di setiap 75 negara. Antara papan kerja iklan terbesar didunia, Neuvoo kini menjenamakan semula namanya kepada Talent.com.
4. Monster
Laman web Monster Job Search ini pasti memudahkan anda yang mencari kerja kosong di Malaysia. Monster menawarkan ratusan ribu pekerjaan, bina diri dan siaran resume contoh buat anda yang tidak mempunyai asas kemahiran ia. Akses ribuan halaman maklumat kerjaya yang terkini ini juga menawarkan khidmat nasihat kerjaya.
5. GrabJobs
Carian mudah alih dengan inovasi tinggi dan terkini, GrabJobs menawarkan portal carian pekerjaan paling cekap, menghubungkan ribuan pencari kerja dan majikan setiap hari! Antara pelanggan majikan yang menawarkan kerja ialahDHL Express, McDonald’s, H&M, Fila, Nike, Pizza Hut, Shopee dan banyak lagi. Bukan sahaja di Malaysia, malah negara seperti Singapura, Indonesia, Australia, New Zealand, Thailand, Vietnam, juga meliputi tawaran kerja.