10. Tidak lengkap rasanya percutian di Bali jika tidak menikmati pengalaman spa di sini. Serenity Spa & Salon di Le Méridien Bali Jimbaran semestinya satu aktiviti yang anda tidak patut lepaskan. Ikuti rawatan dari Warm Stone Massages ke Serenity Signature Organic Fruit Facial, atau mungkin manjakan diri anda di Salon mereka untuk sesi manicure dan pedicure serta rawatan rambut. Yang istimewanya, spa ini menggunakan produk eksklusif dari jenama ELEMIS yang EH! pernah sarankan di sini.