1. Ia berlokasi hanya beberapa langkah dari pantai pasir putih Jimbaran Bay yang mana terletaknya restoran-restoran makanan laut yang terbaik di Bali. Kala bercuti di Bali, menikmati hidangan makanan laut di Jimbaran ibarat satu kemestian bagi setiap pelancong kerana kesegaran makanan lautnya yang dihidangkan dengan panorama malam pantai Jimbaran yang berbumbungkan langit luas dengan sinaran bintang dan bulan. Boleh kata sangat romantis dan mengujakan!