5. Jika anda mencari lokasi untuk melangsungkan majlis perkahwinan dengan permandangan indah lautan luas, Le Méridien Bali Jimbaran adalah jawapannya. Dengan adanya Celebration Pavilion yang terletak di bahagian paling atas bangunannya, majlis hari bahagia anda pastinya lebih romantis apatah lagi pabila waktu matahari terbenam. Rekaan Celebration Pavilion adalah serba lutsinar di mana dinding serta bumbungnya diperbuat dari cermin kaca, buatkan momen indah kalian bersaksikan langit biru terbentang luas serta deruan angin pantai Jimbaran yang cukup menyamankan. Ia juga turut mempunyai ruang keraian yang lain, sesuai untuk acara atau majlis rasmi.