8. Pada setiap hari, tetamu tidak hanya dapat menikmati laguna air masin sahaja, malah ada banyak lagi aktiviti lain yang dijadualkan sepanjang hari dan setiap hari di Le Méridien Bali Jimbaran. Antaranya termasuklah senam aerobik, permainan tradisional Bali, tutorial pembuatan canang sari, kelas tarian Bali, tarian zumba, kelas bahasa Indonesia, pembuatan layang-layang serta banyak lagi. Setiap aktiviti telah pun disusun atur mengikut kesesuaian masa. Jika mahukan lebih eksklusif, anda boleh mengikuti aktiviti pengalaman menjadi nelayan, menonton wayang romantis, makan malam privasi di Edge dan sesi yoga privasi.